Followers

Thursday, August 18, 2011

fitting for my big day: PRESENTATION AT PECIPTA

hai salam...
anyway,
Irah The Story baru selesai sekali lagi menukarkan 'baju' utk blog nyer yang tercinta
dan mungkin 'baju' ini akan bertahan lebih lama sikit
sebab saya rasa blog saya dah cukup kiut....
hahaha...

mmmm....
baju... oh baju...
pejam... celik... pejam... celik...
wah...
udah hampir 4 bulan saya bercuti semester...
so, 1 week after raya jer,
maka saya akan kembali ke tanah yang tak berapa dicintai,
shah alam
menyambung sisa-sisa kehidupan di sana...

walau bagaimanapun,
the first week kat sana memang totally busy..
dengan kolej nak konfirmkan dapat ke tidak...
urusan di P.G.S.A...
mensetelkan pendaftaran kursus dan jadual kuliah
dan the important..
i am selected for PECIPTA,which also happening on that week...

nampaknya...
masih ada manusia2 yang tidak mengetahui apakah itu PECIPTA...
bukan pencipta tau, but it is PECIPTA...

jap eh saya masuk official page PECIPTA
untuk bagi information detail kat kawan2 tercinta disini...

~ ~ ~

PECIPTA adalah suatu program pameran dan pertandingan yang berteraskan ciptaan kreatif dan produk inovasi institut pengajian tinggi yang dilangsungkan setiap 2 tahun sekali...
or singkatannya;

PECIPTA :
Persidangan dan Expo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa

atau dalam bahasa omputehnyer,

INTERNATIONAL CONFERENCE & EXPOSITION ON INVENTION OF INSTITUITION OF HIGHER LEARNING.

alhamdulillah,
produk gue, iaitu koleksi pakaian KIDDY KIDDY KIDS
sekali lagi terpilih, menjadi jemputan ke dalam upacara yang berprestij ini,
memenuhi kuata 50 produk yang akan bertanding mewakili UiTM TERCINTA

jadi..
secara tidak langsung,
aku perlu bersiap secara mental dan fizikal...
dan one of that adalah pakaian yang akan aku guna on the presenting day,

ok.
awal sangat ker for fitting for this event?
i dont think so la..

jadi, setelah acap kali berlalu lalang di kedai kain,
maka saya dengan gembiranya telah membeli kain bewarna biru untuk di matchkan dengan sebijik baju LINEN COAT yang telah sedia ada..

anyway, baju kot ni sebenarnya keturunan...
from my mum...
asal asal...
my mum dah nak buang, nak hantar ke tempat recycle..
tapi aku yang pergi kutip balik...
hehe...
tapi serious... LINEN COAT ni still cantik beb...
warna still tak pudar...
just butang jer yang dah tak cantik...
so, as the designer,
aku pun menjalankan lah tugas dengan menukar button
dan memberi rawatan sepatutnya agar baju ni kelihatan
cantik , menarik the booom dan vintage...
so.. hasilnye....
anyway, kat dalam tu,
is my planning blous utk di matchkan dengan suite ni...
ok tak?


berbalik kat kain biru yang aku beli kat kedai kain tu...
at first, aku plan nak jahit SKINNY,
sebab at first i planned nak matchkan coat ni dgn BLUE SKINNY as to look VOUGE..
susah beb nak cari ready made skinny this colour...
walaubagaimanapun,
aku terkesima..
setelah pak cik BF saya menyatakan sesuatu seolah-olah beliau tak suka melihat saya pakai seluar...

dan atas pertimbangan yang saya jugak akan kelihatan tak cantik,
jika mempresent dengan SKINNy,
maka saya pun mengubah plan...
menjahit kain biru yang dibeli dengan FLARED SKIRT..

hasilnyer..
this is my BLUE FLARED SKIRT utk dipadankan dengan my BLUE coat..
ok tak? ok tak?


kesimpulannya pada hari tersebut, saya akan menggayakan....

+
dan hasinyer....
boleh la kan??
hik hik hik
ops, cuma that tudung,...
berkemungkinan besar bukan tudung dan gaya yang akan dipakai untuk majlis itu...
almaklumlah...
hari ni sessi fitting baju..
thats why la belum ader tudung yang berpadanan..

nanti
sambil2 beli tudung raya...
kita beli tudung untuk PRSENTING day sekali,
ok!

ni baru one day....
utk hari2 lain sepanjang majlis disana,
takkan ler saya nak pakai baju yg sama..
so yg lain dalam pemikiran...
mungkin akan ditangkap muat...
atau mungkin dijahit dibuat baru...
mungkin...
kita tunggu jer.
__________________________________________________
dikesempatan ini juga,
saya ingin menegaskan,
bahawa sebenarnya peranan seorang pereka fesyen,
bukanlah semata-mata membuat design baru,
atau me'match'kan pakaian semata-mata...
namun
tugas yang dianggap paling berjaya ialah sebenarnya,
MENAIK TARAFKAN atau MENGHIDUPKAN FABRIK atau MEMBERI NAFAS
kepada rekaan yang dihasilnya...
caranya ialah...
dengan menggunakan material yang terdapat disekeliling kita,
mungkin material itu murah....
tetapi
direka, disusun, digubah dan dijahit dengan cermat
sehingga tidak meninggalkan kesan
bahawa pakaian itu asalnya daripada fabrik yang murah.

contoh FLARED SKIRT yang dihasilkan;

kain cotton murah = RM2.50/meter (1.5m)
+
zip = RM0.60
+
waistband@getah pinggang = RM1.50/meter (0.5m)
+
palang dan cangkuk = RM0.10/sepasang

menghasilkan

sepasang skirt yang mampu dijual hingga RM25+++
(bergantung pada jenama@designer)

that is DESIGNER yang bijak dan mungkin PENGGUNA yang bijak...
coz dapat menghasilkan sendiri pakaian iaitu my COTTON FLARED SKIRT
siap cantik lagi untuk dipadankan dengan my MUM LINEN COAT.

this is the real inteligent consumer...

bukannya

stupid consumer..
ego, nak orang pandang tinggi.... nak glamer... nak publisiti murahan...
menghabiskan jumlah berlebihan tak sepatutnya
pada sesuatu yang mungkin boleh dibeli dengan harga yang lebih berpatutan.

p/s : nak menunjuk baju mahal dari oversea... tak sedar orang lain gelakkan dier sebab benda yang sama di pasar malam pun 5 kali lebih murah.. last2, tengok lebel baju dibeli... MADE IN MALAYSIA.... hikhikhik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...