Followers

Thursday, August 25, 2011

almost 2 weeks.

meninggal... tertinggal.... dan ditinggal...

wow...
bukan 2 hari...
tapi 2 minggu...
suatu yang sedih... sakit... dan pahit untuk dikenang,...
andai tiap hari suaranya menjadi halwa telinga ini...
namun sekarang ianya hilang begitu sahaja..
bagaikan segumpal kapas yang ditiup angin taufan...
pergi hilang...
tanpa sesuatu pengharapan...
namun disebalik pemergian itu,
ada pula tikar yang cuba mengganti...
bukan sebarangan...
bakal doktor falsafah dalam matematik...
wow..
namun pastinya ia masih tidak mampu menandingi
bakal professor kejuruteraan kimia yang telah melekat dihati..
pasti...
namun sebenarnya, bukan kerana taraf,
tapi kerana jiwa yang telah punyai keserasian...
insya-allah...
dan
memang ujian tuhan...
makin bertambah kuat benih cinta disemai dan tumbuh membesar,
maka semakin kuat cubaab yang melintangi...
benar. penantian amat menyiksakan.
namun,
ianya ujian keutuhan kasih dan sayang harus dimenangi
sebagai piala cinta murni ini.

terlajak tangan menaip...
kemaafan ribuan dipinta biarpun tabir aidilfitri berbaki lagi untuk dirai...
bukan mahu menunjuk...
bukan mahu menjaja...
bukan menagih simpati...
namun,
perasaan ini sukar disembunyi....
biarpun pekung berlapis dilapisi...
seikhlasnya,
biarlah gurindam madah ini menghiasi helaian ini
asalkan ianya tulus dari hati..
seiklasnya,
bayangan jiwa ini sedang terkeliru... rindu... dendam..
dan segala yang tidak keruan....
lalu tak sengaja dimuntahkan pada kekunci-kekunci yang berabjad...
namun,
manusia...........
andai ada yang mendengki.
andai ada yang terjelik...
dengan bahasa beribu bunga ini...
padamlah helaian ini, banyak lagi helaian menarik menantimu...
namun,
andai kata kamu bisa bersabar...
ianya tidak memberi sebarang kerugian,
kerana tanganku bakal melabuhkan noktah...
masih banyak urusan yan perlu aku lakukan
dan akan aku lakukan dengan jayanya
sebagai topeng yang menutup lara dihati...
wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...