Followers

Friday, October 14, 2011

TERHENTI DISINI

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menanggung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

keindahan di bumi tuhan

salam sejahtera hadirin hadirat sekalian...
lama tidak menjengah dijendela ini,
bukan makna melupakan
tetapi ada sesuatu yang lebih penting
tambahan pula gelora dijiwa yang tidak menentu membuatkan perasaan untuk
menaip pupus..
namun, ku kuat kan semangat.

hidup... hidup... oh hidup...
pahit, manis dan kelat...
hidup masih terus diteruskan selagi nyawa yang dipinjam ini tidak
diminta kembali oleh yang esa.

memang benar..
satu tuhan ambik, tapi sebenarnya berjuta rahmat lagi dia nak kasi..

yeah...
tuhan telah mengambilnya terus dari kehidupanku.
dia tak mungkin kembali mendampingi dan jiwaku mustahil untuk menerima kembali
insan yang sama2 melakar pelangi dengan ku
dan tiba-tiba pergi jauh meninggalkan ku
tanpa sesuatu kepastian dan penjelasan yang nyata.

aku sayang dia...
namun aku amat berang...
cinta... air mata...
semua dikongsikan bersama
saat dia duka, aku peluk, aku selimut dia dengan kasih sayang dan perhatian
aku sandarkan bahuku sbg tempatnya menangis...
tapi bila dia berhadapan dengan masalah..
walau ku tahu ianya bukan sesuatu yang remeh,
terus dia menoleh meninggalkan ku selama-lamanya.
aku terkelu..
tak mampu untuk menangis.
tidak mampu menolak
cuma terkesima...
seorang lelaki yang telah matang,
yang telah hampir 40 tahun di dunia ini
dengan taraf pendidikan yang tinggi
dan pengetahuan agama yang luas.
tegar melakukan demikian padaku yang kau kata kekasih

TERIMA KASIH DAN SYAbAS
PROF. MADYA DR......
ANDA TELAH LARI DARI MASALAH

semoga anda berbahagia dengan pilihan anda
namun ingatlah,
setiap tindakan yang dilakukan ada karmanya.

tutup buku soal cinta hati dan perasaan
dan bukalah buku yang baru.

namun untuk topik itu,
biarkan ianya ditinggalkan kosong.
aku mahu teliti, seteliti aku menyiapkan asigmen dalam kelas
atau sekurang-kurangnya biarlah hingga ada bahan penulisan untuk diisi
dan akan kulakarkan ianya semula dengan lakaran yang lebih indah.
~insya-allah suatu hari nanti~

tapi itulah..
kekecewaan membuatkan kaki ini tegar untuk berdiri lagi
entahlah..
kadang2 ia membuatkan untuk diri ini sendiran
menangisi dan menangisi...
namun,
itukah yang ku mahu untuk ku lalui sepanjang kehidupanku?
pastinya tidak

FITRAH yang kukenal sejak ku berada dalam jasadnya sejak 21 tahun yang lalu
adalah bukan insan sebegitu.
dia seorang kuat.
punyai hati dan jiwa yang kental...
dan seorang yang gila dan tak pernah takut akan sesuatu..
cuma situasi emotional akan buatkan die lost control.
that is FITRAH.

kadang2 aku rasa dunia ini kosong.
semuanya adalah roda arus...
andai kata aku terhenti dan tersingkir,
maka aku akan sendirian untuk melihat arus
tersebut mengalir deras tanpa mempedulikanku.

namun sampai bila kah untuk aku terus berdiam dan kaget disitu?

entah lah..
kadang aku terfikir...
aku hadapi masalah ini. tapi pernahkan aku terfikir
akan insan lain yang punyai masalah yang jauh lebih besar.
ada seorang pensyarah pernah memberitahuku
cuba awak fikir orang lain
mungkin masalah mereka
mereka tidak mampu untuk teruskan hidup untuk hari esok.

wow...

dan kadang2 bila kita kecewa,
ramai yang datang mendampingi kita...
memujuk untuk terus kuat dan mungkin untuk lebih kuat dari hari semalam.

terima kasih KELUARGA! KAWAN! dan semua terlibat.
maka kerana itulah lagu yang berkumandang ini ~ A.P.I -Pelita
terus berkumandang dan membakar sanubari ku
untuk menjadi seorang yang kental

INSYA-ALLAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...