Followers

Wednesday, December 29, 2010

persuAAlan

satu hari (yang telah lepas)
saya telah didatangi oleh pensyarah kesayangan saya....
lalu,
setelah beliau duduk diatas kerusinya
dan setelah mengkontrol macho ala2 Ammitab Bachan buat seketika,
beliau pun bertanya pada saya dan
keseluruhan pelajar didalam kelas...

PERSOALANNYA:

Jika kamu kenal dengan seorang wanita yang sedang mengandung,
beliau seorang yang susah,
disahkan menghidap siflis...
dan
telah mempunyai 8 orang anak
yang...
3 daripadanya Pekak, a.k.a cacat pendengaran...
2 daripadanya buta, a.k.a. cacat penglihatan,
&
seorang terencat akal....

DAN SOALANNYA:

"ADAKAH ANDA MENGE...syor...KAN
WANITA ITU UNTUK
MENGUGURKAN KANDUNGANNYA???

mmmmm....

kami seisi kelas duduk diam berfikir
dengan memandang wajah Pensyarah kami
yang mungkin hensem di waktu mudanya,...

setelah seketika....

rata-rata didalam kelas termasuklah saya yg sedang menaip blog ni
memberi jawapan,
bersetuju menyarankan wanita itu untuk mengguggurkan kandungannya

3 alasan yang saya berikan bagi mengukuhkan hujah saya ialah:

~satu~
Risiko, mungkin anak yg dilahirkan juga mengalami kecacatan seperti sebelumnya

~dua~
keselamatan dirinya yang mana beliau telah pon disahkan penghidap Siflis..

~tiga~
keadaan SoSio-ekonomi keluarganya yang susah dan perlu menanggung anaknya yang ramai.




mendengar butir bicara yang diberikan....
tuan pensyarah menggelengkan kepalanya
lantas tersenyum sambil memandang tajam ke arah saya...

lalu beliau pun berkata,

"FITRAH, anda telah pon membunuh BEATHOVEN,
the greatest musician kerana beliau dilahirkan
anak yang ke-9 daripada adik-beradiknyer
seperti yang dinyatakan..."

lalu...
lidah ku kelu.... terus tak terkata...



MORAL OF THE STORY:
fikir dahulu sebelum amik tindakan
&
sesuatu ketentuan mesti ader hikmah disebaliknyer.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...