Followers

Monday, September 10, 2012

mimpi adalah mimpi semata-mata?


wah... lamanyer sayer tidak menghupdate lembaran blog ini... 
maaf lah..


busy tak bertempat.. kekeke

hmmm... 

beberapa hari ini, saya sebenarnya gembira sekali...
kerana baru beberapa hari ini saya telah memilih untuk mengambil suatu keputusan...
saya tidak lagi sendirian
saya mempunyai teman lelaki.
dia baik... tak hensem mcm salman khan tapi cukup sedap mata memandang
caring... penyabar.. happt go lucky dan mesra dgn semua org...
:)
gembira sangat.

tapi,
 tidak tahu lah..
dalam kegembiraan itu, 
ada jugak sesuatu yang mengganggu 
yang tak tahu nak diluahkan bagaimana termasuklah pada si dia..

mmmm.....
saya dilahirkan dalam keluarga yang 
alhamdulillah baik didikan agamanya walaupun tidaklah sempurna..
no body perfect, right..


dalam proses pembesaran saya bersama keluarga itu...

ada sesuatu yang dipelajari..
iaitu ilmu firasat dan gerak hati terutama melalui mimpi...
mungkin ramai dikalangan pembaca akan mengatakan,
mimpi adalah ingatan yang sering bermain dalam fikiran sebelum tido..
ya mungkin...
suatu ketika dahulu, saya pun begitu,
menegaskan mimpi dengan maksud sebegitu...
hinggalah saya sendiri alaminya..
sungguh ngeri..

sebelum itu, pernahkan anda mendengar daripada golongan orang2 tua
seperti ibu bapa atau datuk dan nenek akan;
mimpi gigi tercabut maksudnya akan ada kematian dikalangan keluarga atau kenalan,
mimpi air bermaksud akan mendapat kejayaan...
mimpi wang bermaksud akan ditinpa kecelakaan...
dan sebagainya..
pernahkan anda memikirkan tentang kebenaran kepercayaan tersebut?

mungkin akan ada diantara kita akan menegaskan bahawa itu adalah kepercayaan karut,
yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya...

tapi pernahkan anda fikir, 
dalam islam itu sendiri juga,
kita didedahkan dengan tafsir mimpi...
misalnya dalam kisah Nabi Yusof Alaihissalam 

yang berjaya menafsir mimpi Firaun (Raja mesir).


mungkin beliau adalah Nabi allah, jadi ada kebenaran dalam mimpi dan tafsirannya
atau ianya mukjizat yang diberikan oleh tuhan kepadanya..

saya pernah bertanyakan soalah berkaitan mimpi dan tafsirannya

kepada beberapa kenalan
yang lebih matang, lebih arif dan lebih mengetahui...

majoriti mengatakan 
kebenaran mimpi adalah bergantung kepada
siapakah kita (tahap keimanan kita kepada Allah)
waktu kita tidur
keadaan kita tidur
fikiran dan situasi yang berlaku sebelum tidur
keadaan wudhuk ataupun tidak dan sebagainya...

dan saya bersetuju dengan pendapat itu...
tetapi suatu kemusykilan yg berlegar dibenak saya ialah
apakah maksud mimpi itu
sekiranya hampir setiap malam
kita dihujani mimpi yang sama tanpa mengira keadaan dan situasi..
saya yakin, itu bukanlah mainan syaitan atau mimpi yang kosong semata

sebaliknya ia adalah suatu petanda untuk saya...
saya yakin..

Insya-allah.

sesungguhnya hanya tuhan yang tahu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...